Tuesday, June 19, 2018

Kesayangan

Heningnya pagi ini...
Saat masih ramai manusia sedang berlayar dalam lautan mimpi.
Aku masih terjaga merindui insan yang pernah mengetuk hati ini.
Kau si manjaku.
Kau lelaki yang aku sayang.
Kau insan yang pernah ku berikan perhatian.
Kau insan yang pernah ku jaga dalam hubungan ini.
Insan yang ku kejut untuk menjalankan tugas.
Insan yang ku pantau makan dan minumnya.
Insan yang ku risau sakitnya.
Insan yang ku panggil sayang.
Walaupon kita hanya teman.
Tapi aku menyayangimu seikhlas hati.
Kau adalah MANJAKU.
Setiap permintaan kau tak pernah aku abaikan.
Sebolehnya aku cuba turutkan selagi ia tidak mendatangkan mudarat.
Sebab kau penting untuk aku.
Sebab aku sayang kamu.
Kini kau bukan seperti dulu.
Kita telah jauh...
Dan jujur aku tidak lagi kenal kau yang kini.
Biarlah masa berlalu.
Biarlah masa menentykan.
Biarlah segalanya mengikut aturan takdir....
Kerana perancangan sang pencipta itu lebih mulia.
Kerna yang kuasa lebih mengetahui apa yang terbaik.
Kerna Allah yang maha kuasa...
Dan kerna itu aku redha.
Smoga kau baik-baik sahaja.
Smoga kau sentiasa sihat.
Smoga kau sentiasa bahagia.
Smoga kau sentiasa dilindungi dan dirahmati.
Saya sayang awak selamanya.

No comments:

Post a Comment

SESUNGGUHNYA AKU HANYA SEORANG INSAN YANG LEMAH

Berbicara tentang insan yang bergelar manusia... Banyak perkara yang kita terlepas pandang. Keinginan yang melebih, terkadang memakan diri...