Wednesday, June 27, 2018

Biarkan ia berlalu

Dear kesayangan...
Rindu ini tak dapat aku nafikan.
Semua ini wujud kerana rasa sayang yang telah lama wujud di hati ini.
Saat-saat kita bersama sentiasa terbayang.
Setiap gurau senda masih terlekat dalam ingatan.
Setiap mimik muka dan senyuman itu masih kukuh tersemat di hati ku.
Kerinduan aku semakin menjadi.
Kini hampir dua bulan kita tak berhubung.
Adakah hubungan kita benar-benar akan berakhir.
Persoalan demi persoalan yang wujud untukmu hanya mampu aku pendam...
Kerna aku tak mampu untuk melafazkan
Kerna aku tak mampu untuk bertanya
Kerna aku tak mampu menerima jawapan daripada kamu....
Hati aku kini bagai dihiris oleh perasaan sendiri.
Kasih sayang ini biarkan berakhir dengan sendiri.
B

No comments:

Post a Comment

SESUNGGUHNYA AKU HANYA SEORANG INSAN YANG LEMAH

Berbicara tentang insan yang bergelar manusia... Banyak perkara yang kita terlepas pandang. Keinginan yang melebih, terkadang memakan diri...