Sunday, April 21, 2019

SESUNGGUHNYA AKU HANYA SEORANG INSAN YANG LEMAH

Berbicara tentang insan yang bergelar manusia...
Banyak perkara yang kita terlepas pandang.
Keinginan yang melebih, terkadang memakan diri sendiri.
Kita di ciptakan oleh yang Maha Esa dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan.
Seharunya kita akur dengan ketentuaan Tuhan.
Pelakon sepatutnya melakonkan apa yang telah tertulis didalam skip.
Bukan menidakkan apa yang telah ditulis dan diberikan.
Sesungguhnya segalanya telah dikaji sebelum senaskah skip mahupon novel itu diterbitkan
Sang penulis lebih mengetaui segalanya namun tidak bagi pelakonnya.
Setiap scen mesti ada sebabnya.
Dengan wujudnya scen yang sedemikianlah sesuatu drama, filem mahupon sebuah novel itu menjadi menarik.
Kerana di akhir cerita selalunya kita akan mendapati bahawa setiap yang terjadi itu bersebab.
Namun disebabkan kita leka dengan permainan dunia dan  perasaan sendiri...
Kita menidakkan apa yang telah terjadi malah ada yang menyalahkan takdir.
Mohon tanya kembali siapa kita sebenarnya...
Adakah kita layak untuk menidakkan takdir...
Adakah kita layak mempersoalkan segala yang terjadi...
Adakah kita layak menghukum demi kepentingan sendiri...

No comments:

Post a Comment

SESUNGGUHNYA AKU HANYA SEORANG INSAN YANG LEMAH

Berbicara tentang insan yang bergelar manusia... Banyak perkara yang kita terlepas pandang. Keinginan yang melebih, terkadang memakan diri...