Wednesday, June 27, 2018

Biarkan ia berlalu

Dear kesayangan...
Rindu ini tak dapat aku nafikan.
Semua ini wujud kerana rasa sayang yang telah lama wujud di hati ini.
Saat-saat kita bersama sentiasa terbayang.
Setiap gurau senda masih terlekat dalam ingatan.
Setiap mimik muka dan senyuman itu masih kukuh tersemat di hati ku.
Kerinduan aku semakin menjadi.
Kini hampir dua bulan kita tak berhubung.
Adakah hubungan kita benar-benar akan berakhir.
Persoalan demi persoalan yang wujud untukmu hanya mampu aku pendam...
Kerna aku tak mampu untuk melafazkan
Kerna aku tak mampu untuk bertanya
Kerna aku tak mampu menerima jawapan daripada kamu....
Hati aku kini bagai dihiris oleh perasaan sendiri.
Kasih sayang ini biarkan berakhir dengan sendiri.
B

Tuesday, June 19, 2018

Kesayangan

Heningnya pagi ini...
Saat masih ramai manusia sedang berlayar dalam lautan mimpi.
Aku masih terjaga merindui insan yang pernah mengetuk hati ini.
Kau si manjaku.
Kau lelaki yang aku sayang.
Kau insan yang pernah ku berikan perhatian.
Kau insan yang pernah ku jaga dalam hubungan ini.
Insan yang ku kejut untuk menjalankan tugas.
Insan yang ku pantau makan dan minumnya.
Insan yang ku risau sakitnya.
Insan yang ku panggil sayang.
Walaupon kita hanya teman.
Tapi aku menyayangimu seikhlas hati.
Kau adalah MANJAKU.
Setiap permintaan kau tak pernah aku abaikan.
Sebolehnya aku cuba turutkan selagi ia tidak mendatangkan mudarat.
Sebab kau penting untuk aku.
Sebab aku sayang kamu.
Kini kau bukan seperti dulu.
Kita telah jauh...
Dan jujur aku tidak lagi kenal kau yang kini.
Biarlah masa berlalu.
Biarlah masa menentykan.
Biarlah segalanya mengikut aturan takdir....
Kerana perancangan sang pencipta itu lebih mulia.
Kerna yang kuasa lebih mengetahui apa yang terbaik.
Kerna Allah yang maha kuasa...
Dan kerna itu aku redha.
Smoga kau baik-baik sahaja.
Smoga kau sentiasa sihat.
Smoga kau sentiasa bahagia.
Smoga kau sentiasa dilindungi dan dirahmati.
Saya sayang awak selamanya.

Thursday, June 7, 2018

Rindu ku padamu....

Rindu....
Tahap kerinduan ini telah mencapai tingkat paling tinggi.
Aku merindui...
Merindui dikau yang dulu sentiasa ada..
Rindu org yg aku kenal dahulu.
Namun layakkah aku.
Layakkah aku merindui kamu.
Kerna aku kini tidak lagi diperlukan.
Maafkan segala kesalahan aku kepadamu.
Biarlah aku terus berdiam disini.
Tidak perlu rasanya aku menegurmu lagi.
Walau apa cara sekalipon.
Aku tak ingin keceriaanmu itu hilang dengan kehadiran diri ini.
Oleh itu....
Izinkan aku melihat dan merindui kamu dari jauh...
Salam sayangku tak pernah padam.
Kerna kau adalah...
Sayang, manja, nakalku....
Ku hanya mampu mengiringi setiap langkahmu dengan doa dari jauh...
Semoga Allah sentiasa menjagamu, melindungimu, serta memberi yang terbaik buat kamu sayang...

SESUNGGUHNYA AKU HANYA SEORANG INSAN YANG LEMAH

Berbicara tentang insan yang bergelar manusia... Banyak perkara yang kita terlepas pandang. Keinginan yang melebih, terkadang memakan diri...