Sunday, April 29, 2018

Siapa aku sebenarnya

Siapa aku sebenarnya.
Terkadang kau hadir dengan senyuman.
Tapi terkadang kau hadir tanpa perasaan.
Terkadang kau melayan ku seperti aku yang amat kau sayangi.
Tapi terkadang kau melayan aku bagai aku bukan siapa dalam hati mu.
Siapa aku sebenarnya.
Kau ambil dan kau campak sesuka hati mu.
Sedarkah kau bertapa sedihnya aku.
Kenapa perlu melayan aku sampai sebegini.
Aku tetap manusia yang punya hati dan perasaan.
Aku tetap seorang insan yang tahu erti kesedihan dan kebahagiaan.
Jangan pernah menggangu ketenangan diwajah ini.
Kerna kau tak akan pernah tahu bagaimana rupa aku jika ketenangan itu telah hilang...

Wednesday, April 25, 2018

Alpanya aku sebagai seorang hamba

Entah mengapa hati ku terasa kosong.
Kosong bagai tiada apa-apa yang perlu ku lakukan.
Aku pasrah.
Tersangat pasrah dengan segala ketentuan ini.
Ya Allah hanya kau yang tahu bertapa beratnya rasa ini.
Merindui seseorang itu merupakan perkara biasa...
Namun menrindui orang yang belum tentu akan merindui kita itu hanya satu kesakitan.
Merindui orang yang sememangnya bukan milik kita itu sakit sekali.
Buat lah apa sekalipon jika dia bukan ditakdirkan untuk kita, dia tetap bukan untuk kita.
Segalanya hanya dengan izin mu Ya Allah.
Kesakitan ini sakit sekali.
Aku tersiksa Ya Allah.
Merindui dia dalam diam.
Menyanyangi dia dalam diam.
Sedangkan dia tidak pernah mengangap aku penting dalam hidup dia.
Tak pernah merasakan aku ini perlu di dalam hidupnya.
Aku percaya dengan takdir-MU.
KAU mampu melakukan apa saja.
KAU juga lebih mengetahui apa yang terbaik buat ku.
Insan hina yang hanya tahu meminta daripada MU.
Aku insan yang tidak dapat menentukan adakah apa yang aku ingin kan itu baik untukku Ya Allah.
Semoga KAU ampunkan hamba-MU ini.
Jangan lah KAU membiarkan aku terus hanyut di buai perasaan terhadap makluk-MU.
KAU berikan lah aku ketenangan hati untuk menerima segala ketentuan-MU ini.

Saturday, April 21, 2018

Bagai langit dan bumi.

Terkadang rindu itu menjadikan kita insan yang kaku tanpa suara lagi...
Karena sakitnya bila dilukai.
Smoga segalanya berskhir tanpa ada luka lagi.
Biarlah aku pergi tanpa pesan.
Biarlah ku melangkah tanpa kesan.
Biarlah aku diam tanpa khabar.
Kerna kau tak pernah peduli tentang aku lagi.
Biarlah segalanya berakhir.
Di antara kita bagai langit dan bumi.
Walaupon saling melengkapi tapi tak dapat bersatu untuk meraih mimpi.
Hanya bisa dipandang dari jauh.
Pergilah...

Friday, April 20, 2018

Kesakitan itu kenikmatan

Setiap yang hidup di atas muka bumi ini pasti pernah merasa sakit.
Namun segala kesakitan itu datang dari yang Esa untuk menghapus dosa kita.
Jadi terimalah rasa sakit itu sebagaimana kau menerima rasa bahagia daripada yang Esa.
Segalanya telah ditentukan oleh-Nya.
Selepas turunya hujan pasti munculnya pelangi.
Selepas mengharungi kesedihan atau kedukaan, pasti ada bahagia menanti

Monday, April 16, 2018

Segalanya berputar

Hujan yang jatuh membasahi bumi mendamaikan hati ini.
Setiap titisan yang menitis amat bermakna buat semua yang hidup di bumi ini.
Dengan cuaca yang agak panas kebelakangan ini, kehadiran sang hujan yang dapat menyejukan amat disyukuri.
Segala yang berlaku itu ada hikmahnya...
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Setiap kesedihan pasti ada kegembiraan
Setiap yang susah pasti ada senangnya...
Dan begitu jua sebaliknya.
Percayakan takdir kehidupanmu dan redhalah
In syaa Allah kau akan kuat menempuhi segalanya...

Saturday, April 14, 2018

Kekacauan hati

Di heningan pagi...
Bila kau tersedar dari lenanya tidurmu.
Mengapa kau mesti memikirkan seseorang.
Sedangkan dia belum tentu memikirkan kamu.
Kata orang.. 
Orang yang kita ingat sebelum kita tidur dan sebaik kita bangun merupakan orang yang kita cintai.
Mengapa perasaan ini harus wujud.
Sedangkan aku masih ingin menjaga hati ini buat seorang insan yang bergelar suami.
Suami yang bakal membimbingku nanti.
Seorang lelaki yang bakal menyayangiku.
Seorang lelaki yang cuba untuk fahami aku.
Seorang lelaki yang akan ku jaga makan, pakai dan minumnya.
Seseorang yang selayaknya aku cintai..
Dia lah jodoh yang diberikan oleh Tuhan.
Bukan insan-insan lain yang datang dan pergi begitu sahaja.
Namun siapa lah aku.
Hanya insan biasa yang dihadirkan perasaan untuk menyanyangi insan lain di sekelilingku.
Maafkan aku wahai Tuhan ku.
Kau bimbinglah hati ini supaya tidak tersasar lebih jauh.
Jika benar dia yang kau cipta buat ku...
Kau permudahkan lah jalannya untuk menghalalkan aku.
Namun jika dia bukan jodohku....
Kau bawalah dia jauh daripada hati dan kehidupan ku ini.
Kau kuatkn hati ku untuk menerima ketentuan-Mu ya Allah.

Berakhinya sebuah hubungan...

Dalam setiap perkenalan yang terjadi telah di tentukan.
Setiap perasaan yang wujud juga telah di takdikan.
Maka tak perlulah dikau bersedih jika hubungan itu berakhir di tengah jalan.
Segalanya telah tertulis di dalam takdir kehidupan...
Kita hanya hamba yang lemah.
Hanya mampu merancang itu dan ini...
Tetapi jangan pernah lupa, DIA lebih mengetahui segalanya.
Redha dan teruslah melangkah...
In syaa Allah segalanya akan menjadi lebih indah.. 
Kerana DIA telah menentukan yang terbaik untuk kita.

Thursday, April 12, 2018

Duhai Sang Mentari

Mentari yang muncul di pagi hari yang sunyi ini kelihatan sangat berseri...
Keindahan nya sering dipuji.
Namun tiada siapa yang tahu apa yang di lalui sepanjang malam tadi.
Hanya di temani angin yang sepoi-sepoi bahasa dan renyaian hujan.
Namun setiap pagi dia masih mencuba untuk menonjolkan diri seperti tiada apa yang berlaku.
Supaya tiada yang dapat mengesan kesedihan dan kelukaan yang dirasai.
Segalanya dilakukan untuk melihat orang sekelilingnya bahagia.
Gembira bila melihat dia dengan senyuman manis.
Itu lebih penting dan bermakna daripada dirinya sendiri.
Maka.....
Wahai sang mentari, teruslah bersinar....
Sebarkan cahayamu untuk menerangi bumi ini dan memberi keceriaan kepada kami...
Terima kasih kerana masih sudi munculkan diri walaupon terkadang kau di keji dan di maki...
Tapi kau tetap utuh di situ setiap hari...

Realiti Tak Seindah Mimpi

Mimpi....
Bercakap saja tentang mimpi, semua orang pasti mengimpikan mimpi yang indah.
Mimpi yang membawa kita ke dunia khayalan yang penuh dengan segala yang kita impikan.
Mimpi yang membuatkan kita berasa bebas dari segala rasa duka, kesakitan, kesedihan, yang ada cuma kegembiraan.
Tapi sayang....
Realiti kehidupan ini tidak seindah mimpi.
Segala rasa itu merupakan pengalaman buat kita.
Terkadang kita akan bergelak ketawa...
Namun terkadang kita akan turut berasa sakitnya jatuh, sehingga air mata mengalir tanpa henti dan hati berasa sangat sesak untuk menanggung segala kesakitan itu.
Namun percayalah... 
Tuhan tidak kejam.
DIA tahu apa yang kita tidak tahu.
Segalanya telah diaturkan.
Segala yang kita tidak tahu tapi DIA tahu.
Sesunguhnya DIA tak akan menguji kita di luar kemampuan kita.

Wednesday, April 11, 2018

Andai itu ketentuan-Nya

Jika dia milikku,dekatkan nya dengan ku



Jika dia bukan jodohku, jauhinya daripadaku

Allah.. Aku rapuh

SESUNGGUHNYA AKU HANYA SEORANG INSAN YANG LEMAH

Berbicara tentang insan yang bergelar manusia... Banyak perkara yang kita terlepas pandang. Keinginan yang melebih, terkadang memakan diri...