Mentari yang muncul di pagi hari yang sunyi ini kelihatan sangat berseri...
Keindahan nya sering dipuji.
Namun tiada siapa yang tahu apa yang di lalui sepanjang malam tadi.
Hanya di temani angin yang sepoi-sepoi bahasa dan renyaian hujan.
Namun setiap pagi dia masih mencuba untuk menonjolkan diri seperti tiada apa yang berlaku.
Supaya tiada yang dapat mengesan kesedihan dan kelukaan yang dirasai.
Segalanya dilakukan untuk melihat orang sekelilingnya bahagia.
Gembira bila melihat dia dengan senyuman manis.
Itu lebih penting dan bermakna daripada dirinya sendiri.
Maka.....
Wahai sang mentari, teruslah bersinar....
Sebarkan cahayamu untuk menerangi bumi ini dan memberi keceriaan kepada kami...
Terima kasih kerana masih sudi munculkan diri walaupon terkadang kau di keji dan di maki...
Tapi kau tetap utuh di situ setiap hari...
No comments:
Post a Comment