Saturday, April 14, 2018

Kekacauan hati

Di heningan pagi...
Bila kau tersedar dari lenanya tidurmu.
Mengapa kau mesti memikirkan seseorang.
Sedangkan dia belum tentu memikirkan kamu.
Kata orang.. 
Orang yang kita ingat sebelum kita tidur dan sebaik kita bangun merupakan orang yang kita cintai.
Mengapa perasaan ini harus wujud.
Sedangkan aku masih ingin menjaga hati ini buat seorang insan yang bergelar suami.
Suami yang bakal membimbingku nanti.
Seorang lelaki yang bakal menyayangiku.
Seorang lelaki yang cuba untuk fahami aku.
Seorang lelaki yang akan ku jaga makan, pakai dan minumnya.
Seseorang yang selayaknya aku cintai..
Dia lah jodoh yang diberikan oleh Tuhan.
Bukan insan-insan lain yang datang dan pergi begitu sahaja.
Namun siapa lah aku.
Hanya insan biasa yang dihadirkan perasaan untuk menyanyangi insan lain di sekelilingku.
Maafkan aku wahai Tuhan ku.
Kau bimbinglah hati ini supaya tidak tersasar lebih jauh.
Jika benar dia yang kau cipta buat ku...
Kau permudahkan lah jalannya untuk menghalalkan aku.
Namun jika dia bukan jodohku....
Kau bawalah dia jauh daripada hati dan kehidupan ku ini.
Kau kuatkn hati ku untuk menerima ketentuan-Mu ya Allah.

No comments:

Post a Comment

SESUNGGUHNYA AKU HANYA SEORANG INSAN YANG LEMAH

Berbicara tentang insan yang bergelar manusia... Banyak perkara yang kita terlepas pandang. Keinginan yang melebih, terkadang memakan diri...