Berbicara tentang insan yang bergelar manusia...
Banyak perkara yang kita terlepas pandang.
Keinginan yang melebih, terkadang memakan diri sendiri.
Kita di ciptakan oleh yang Maha Esa dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan.
Seharunya kita akur dengan ketentuaan Tuhan.
Pelakon sepatutnya melakonkan apa yang telah tertulis didalam skip.
Bukan menidakkan apa yang telah ditulis dan diberikan.
Sesungguhnya segalanya telah dikaji sebelum senaskah skip mahupon novel itu diterbitkan
Sang penulis lebih mengetaui segalanya namun tidak bagi pelakonnya.
Setiap scen mesti ada sebabnya.
Dengan wujudnya scen yang sedemikianlah sesuatu drama, filem mahupon sebuah novel itu menjadi menarik.
Kerana di akhir cerita selalunya kita akan mendapati bahawa setiap yang terjadi itu bersebab.
Namun disebabkan kita leka dengan permainan dunia dan perasaan sendiri...
Kita menidakkan apa yang telah terjadi malah ada yang menyalahkan takdir.
Mohon tanya kembali siapa kita sebenarnya...
Adakah kita layak untuk menidakkan takdir...
Adakah kita layak mempersoalkan segala yang terjadi...
Adakah kita layak menghukum demi kepentingan sendiri...
Miss November
Sunday, April 21, 2019
Wednesday, September 5, 2018
Coretan hati yang mengasihi
Entah kenapa rasa sakit bila melihat kau dalam kesakitan lebih menyiksa hatiku daripada melihat kau bahagia dengan orang lain. Kerinduan ini tidak pernah habis. Kau selalu diminda. Segala memori itu masih segar dalam ingatan. Ku pasrah dengan takdir Yang Esa. Ku terima hakikat yang telah tersurat ini. Namun aku ingin kau bahagia... Walaupon bukan dengan aku. Kau layak untuk mendapatkan itu. Lalu ku kuatkan diri untuk mengatur langkah selepas ini... Langkah yang bakal pergi jauh dari tempat yang aku berada ini. Semoga hati ku ini turut melangkah meninggalkan segala kenangan tentang kamu.
Wednesday, June 27, 2018
Biarkan ia berlalu
Dear kesayangan...
Rindu ini tak dapat aku nafikan.
Semua ini wujud kerana rasa sayang yang telah lama wujud di hati ini.
Saat-saat kita bersama sentiasa terbayang.
Setiap gurau senda masih terlekat dalam ingatan.
Setiap mimik muka dan senyuman itu masih kukuh tersemat di hati ku.
Kerinduan aku semakin menjadi.
Kini hampir dua bulan kita tak berhubung.
Adakah hubungan kita benar-benar akan berakhir.
Persoalan demi persoalan yang wujud untukmu hanya mampu aku pendam...
Kerna aku tak mampu untuk melafazkan
Kerna aku tak mampu untuk bertanya
Kerna aku tak mampu menerima jawapan daripada kamu....
Hati aku kini bagai dihiris oleh perasaan sendiri.
Kasih sayang ini biarkan berakhir dengan sendiri.
B

Tuesday, June 19, 2018
Kesayangan
Heningnya pagi ini...
Saat masih ramai manusia sedang berlayar dalam lautan mimpi.
Aku masih terjaga merindui insan yang pernah mengetuk hati ini.
Kau si manjaku.
Kau lelaki yang aku sayang.
Kau insan yang pernah ku berikan perhatian.
Kau insan yang pernah ku jaga dalam hubungan ini.
Insan yang ku kejut untuk menjalankan tugas.
Insan yang ku pantau makan dan minumnya.
Insan yang ku risau sakitnya.
Insan yang ku panggil sayang.
Walaupon kita hanya teman.
Tapi aku menyayangimu seikhlas hati.
Kau adalah MANJAKU.
Setiap permintaan kau tak pernah aku abaikan.
Sebolehnya aku cuba turutkan selagi ia tidak mendatangkan mudarat.
Sebab kau penting untuk aku.
Sebab aku sayang kamu.
Kini kau bukan seperti dulu.
Kita telah jauh...
Dan jujur aku tidak lagi kenal kau yang kini.
Biarlah masa berlalu.
Biarlah masa menentykan.
Biarlah segalanya mengikut aturan takdir....
Kerana perancangan sang pencipta itu lebih mulia.
Kerna yang kuasa lebih mengetahui apa yang terbaik.
Kerna Allah yang maha kuasa...
Dan kerna itu aku redha.
Smoga kau baik-baik sahaja.
Smoga kau sentiasa sihat.
Smoga kau sentiasa bahagia.
Smoga kau sentiasa dilindungi dan dirahmati.
Saya sayang awak selamanya.
Thursday, June 7, 2018
Rindu ku padamu....
Rindu....
Tahap kerinduan ini telah mencapai tingkat paling tinggi.
Aku merindui...
Merindui dikau yang dulu sentiasa ada..
Rindu org yg aku kenal dahulu.
Namun layakkah aku.
Layakkah aku merindui kamu.
Kerna aku kini tidak lagi diperlukan.
Maafkan segala kesalahan aku kepadamu.
Biarlah aku terus berdiam disini.
Tidak perlu rasanya aku menegurmu lagi.
Walau apa cara sekalipon.
Aku tak ingin keceriaanmu itu hilang dengan kehadiran diri ini.
Oleh itu....
Izinkan aku melihat dan merindui kamu dari jauh...
Salam sayangku tak pernah padam.
Kerna kau adalah...
Sayang, manja, nakalku....
Ku hanya mampu mengiringi setiap langkahmu dengan doa dari jauh...
Semoga Allah sentiasa menjagamu, melindungimu, serta memberi yang terbaik buat kamu sayang...
Sunday, May 6, 2018
Rindu
Rindu.
Apa itu rindu?
Apa yang indahnya dengan rindu?
Kenapa kita mesti merindu?
Banyak persoalan yang muncul bila kita mula merasai rindu.
Bagiku rindu itu hadir melalui hati lalu di proses oleh otak dengan bantuan segala kenangan yang pernah wujud.
Rindu itu bisa menjadi indah jika apa yang kita inginkan berada di depan mata atau orang yang kita rindui itu turut merindui kita.

Sunday, April 29, 2018
Siapa aku sebenarnya
Siapa aku sebenarnya.
Terkadang kau hadir dengan senyuman.
Tapi terkadang kau hadir tanpa perasaan.
Terkadang kau melayan ku seperti aku yang amat kau sayangi.
Tapi terkadang kau melayan aku bagai aku bukan siapa dalam hati mu.
Siapa aku sebenarnya.
Kau ambil dan kau campak sesuka hati mu.
Sedarkah kau bertapa sedihnya aku.
Kenapa perlu melayan aku sampai sebegini.
Aku tetap manusia yang punya hati dan perasaan.
Aku tetap seorang insan yang tahu erti kesedihan dan kebahagiaan.
Jangan pernah menggangu ketenangan diwajah ini.
Kerna kau tak akan pernah tahu bagaimana rupa aku jika ketenangan itu telah hilang...

Wednesday, April 25, 2018
Alpanya aku sebagai seorang hamba
Entah mengapa hati ku terasa kosong.
Kosong bagai tiada apa-apa yang perlu ku lakukan.
Aku pasrah.
Tersangat pasrah dengan segala ketentuan ini.
Ya Allah hanya kau yang tahu bertapa beratnya rasa ini.
Merindui seseorang itu merupakan perkara biasa...
Namun menrindui orang yang belum tentu akan merindui kita itu hanya satu kesakitan.
Merindui orang yang sememangnya bukan milik kita itu sakit sekali.
Buat lah apa sekalipon jika dia bukan ditakdirkan untuk kita, dia tetap bukan untuk kita.
Segalanya hanya dengan izin mu Ya Allah.
Kesakitan ini sakit sekali.
Aku tersiksa Ya Allah.
Merindui dia dalam diam.
Menyanyangi dia dalam diam.
Sedangkan dia tidak pernah mengangap aku penting dalam hidup dia.
Tak pernah merasakan aku ini perlu di dalam hidupnya.
Aku percaya dengan takdir-MU.
KAU mampu melakukan apa saja.
KAU juga lebih mengetahui apa yang terbaik buat ku.
Insan hina yang hanya tahu meminta daripada MU.
Aku insan yang tidak dapat menentukan adakah apa yang aku ingin kan itu baik untukku Ya Allah.
Semoga KAU ampunkan hamba-MU ini.
Jangan lah KAU membiarkan aku terus hanyut di buai perasaan terhadap makluk-MU.
KAU berikan lah aku ketenangan hati untuk menerima segala ketentuan-MU ini.

Saturday, April 21, 2018
Bagai langit dan bumi.
Terkadang rindu itu menjadikan kita insan yang kaku tanpa suara lagi...
Karena sakitnya bila dilukai.
Smoga segalanya berskhir tanpa ada luka lagi.
Biarlah aku pergi tanpa pesan.
Biarlah ku melangkah tanpa kesan.
Biarlah aku diam tanpa khabar.
Kerna kau tak pernah peduli tentang aku lagi.
Biarlah segalanya berakhir.
Di antara kita bagai langit dan bumi.
Walaupon saling melengkapi tapi tak dapat bersatu untuk meraih mimpi.
Hanya bisa dipandang dari jauh.
Pergilah...

Friday, April 20, 2018
Kesakitan itu kenikmatan
Setiap yang hidup di atas muka bumi ini pasti pernah merasa sakit.
Namun segala kesakitan itu datang dari yang Esa untuk menghapus dosa kita.
Jadi terimalah rasa sakit itu sebagaimana kau menerima rasa bahagia daripada yang Esa.
Segalanya telah ditentukan oleh-Nya.
Selepas turunya hujan pasti munculnya pelangi.
Selepas mengharungi kesedihan atau kedukaan, pasti ada bahagia menanti

Monday, April 16, 2018
Segalanya berputar
Hujan yang jatuh membasahi bumi mendamaikan hati ini.
Setiap titisan yang menitis amat bermakna buat semua yang hidup di bumi ini.
Dengan cuaca yang agak panas kebelakangan ini, kehadiran sang hujan yang dapat menyejukan amat disyukuri.
Segala yang berlaku itu ada hikmahnya...
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Setiap kesedihan pasti ada kegembiraan
Setiap yang susah pasti ada senangnya...
Dan begitu jua sebaliknya.
Percayakan takdir kehidupanmu dan redhalah
In syaa Allah kau akan kuat menempuhi segalanya...

Subscribe to:
Comments (Atom)
SESUNGGUHNYA AKU HANYA SEORANG INSAN YANG LEMAH
Berbicara tentang insan yang bergelar manusia... Banyak perkara yang kita terlepas pandang. Keinginan yang melebih, terkadang memakan diri...
-
Hujan yang jatuh membasahi bumi mendamaikan hati ini. Setiap titisan yang menitis amat bermakna buat semua yang hidup di bumi ini. Dengan ...
-
Entah mengapa hati ku terasa kosong. Kosong bagai tiada apa-apa yang perlu ku lakukan. Aku pasrah. Tersangat pasrah dengan segala ketentu...